Bagaimana menulis sebuah novel: Kaedah Bola Salji

Daripada Ensiklopedia Bahasa Malaysia.

Lompat ke: gelintar
Penulisan kreatif

Bagi mencipta sebuah novel, mula secara kecil-kecilan lalu mengembangkan karya awak sehingga menjadi sebuah cerita. Sebahagian tugas ini bersifat kreatif (yang susah diajar), dengan bahagian yang lain tidak melebihi mengurus dan menyusun daya cipta awak demi menjadi sebuah novel yang berstruktur. Hanya tugas mengurus dan menyusun daya cipta diterangkan di sini.

Jika awak adalah serupa dengan kebanyakan orang, awak akan mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang novel awak sebelum awak mula menulis. Awak berfikir tentang buku awak. Awak berangan-angan tentang bagaimana menghasilkan cerita awak... menjanakan idea-idea melalui berfikir-fikir, satu proses yang digelar perah otak. Awak juga mungkin akan membuat sedikit penyelidikan. Selanjutnya, awak akan mula mendengar suara-suara watak awak. Proses ini yang digelar "pengomposan" adalah sebahagian yang penting dalam proses menulis setiap buku. Proses ini merupakan suatu proses yang tidak formal dan yang dilakukan oleh setiap penulis dengan cara-cara tersendiri.

Rencana ini mengawakikan bahawa awak sudah melakukan tugas "pengomposan" dalam fikiran awak dan awak kini tersedia untuk menulis novel awak.

10 langkah untuk membentuk sebuah novel

Sebelum awak mula menulis, awak perlu menyusun. Awak perlu menulis sebuah dokumen reka bentuk yang mempergunakan proses yang tidak akan memusnahkan keghairahan awak terhadap menulis cerita. Di sini diturunkan satu proses yang terdiri daripada 10 langkah untuk menulis sebuah dokumen reka bentuk:

1.  Peruntukkan satu jam untuk menulis satu ringkasan yang terdiri daripada hanya satu ayat untuk novel awak

Tulis ayat dalam bentuk seperti ini: "Seorang ahli fizik jahat kembali ke zaman silam menerusi perjalanan waktu untuk membunuh Alexander Agung."

Ayat ini akan bertindak sebagai alat penjualan 10-saat awak. Ia merupakan gambaran kasar.

Apabila awak kemudian menulis cadangan buku awak, ayat ini harus muncul awal-awal lagi dalam cadangan itu. Ia merupakan umpan yang akan membantu menjual buku awak kepada editor awak dan kemudian kepada pembaca. Oleh itu, tulislah ayat yang sebaik mungkin!

Di bawah diturunkan petua tentang apakah bentuk ayat yang terbaik:

  • Ayat yang lebih pendek adalah lebih sesuai. Cuba dengan kurang daripada 15-20 perkataan.
  • Jangan gunakan nama watak! Lebih baik mengatakan "seorang akrobat yang cacat" daripada "Johari".
  • Kaitkan gambaran besar dengan gambaran peribadi. Siapakah watak yang akan rugi paling banyak dalam cerita awak? Jelaskan apa yang dia ingin mencapai.

Bacalah keterangan ringkas satu ayat penerbit dalam senarai Buku Terlaris New York Times untuk belajar bagaimana berbuat demikian. Menulis huraian satu ayat ialah satu bentuk seni.

2.  Peruntukkan satu jam tambahan untuk mengembangkan ayat di atas menjadi satu perenggan yang menghuraikan jalan cerita, kecelakaan utama dan penghujung novel awak

Randy Ingermanson suka membentuk ceritanya sebagai "tiga kecelakaan dan satu penghujung":

  • kecelakaan pertama bertepatan dengan akhir Babak 1;
  • kecelakaan kedua pada pertengahan Babak 2; dan
  • kecelakaan ketiga yang berlaku pada akhir Babak 2 yang memaksa Babak 3 memberikan suatu penyelesaian yang memuaskan.

Tidak salahnya kalau kecelakaan pertama diakibatkan oleh keadaan luaran, tetapi kecelakaan kedua dan ketiga perlu disebabkan oleh percubaan watak utama untuk mengatasi masalah yang tertimbul. Keadaan semakin merosot sewaktu watak utama mencuba mengatasi masalahnya. Setiap kecelakaan mengambil ruang sesuku buku, dengan penghujung cerita mengambil ruang sesuku yang terakhir.

Awak juga boleh menggunakan perenggan yang awak tulis untuk cadangan cerita kepada editor awak. Yang paling sesuai ialah perenggan yang terdiri daripada 5 ayat:

  • Satu ayat untuk memberitahu latar dan jalan cerita.
  • Satu ayat untuk setiap tiga kecelakaan.
  • Satu ayat untuk memberitahu penghujung cerita.

Jika ini berbunyi seperti keterangan ringkas penerbit pada kulit belakang buku, awak memang betul.

Yang tertulis sehingga sini ialah pawakngan peringkat tertinggi (atau pawakngan mata burung) novel awak.

3.  Peruntukkan satu jam bagi setiap ringkasan satu muka surat yang akan awak tulis untuk setiap watak utama awak

Awak kini perlu menulis ringkasan jalan cerita bagi setiap watak utama awak. Watak ialah unsur yang paling penting dalam mana-mana satu novel dan masa yang awak habiskan dalam membentuknya lebih dahulu akan menghasilkan faedah sepuluh kali gawak apabila awak mula menulis.

Bagi setiap watak utama awak, peruntukkanlah satu jam untuk menulis ringkasan semuka surat yang menentukan:

  • Nama watak
  • Ringkasan satu ayat tentang jalan cerita watak tersebut
  • Dorongan watak (apakah yang diingininya secara tersirat?)
  • Tujuan watak (apakah yang diingininya secara terjelma?)
  • Percanggahan watak (apakah yang menghalang watak awak daripada mencapai tujuannya?)
  • Keinsafan watak (apakah yang akan dipelajarinya dan bagaimanakah sikapnya akan berubah?)
  • Ringkasan satu perenggan bagi jalan cerita watak tersebut.

Perkara penting:

  1. Awak mungkin perlu mengubah suai ringkasan satu ayat dan/atau ringkasan satu perenggan yang sudah awak tulis. Teruskan! Sebenarnya, ia bukan sahaja tidak salah tetapi juga tidak dapat dielakkan. Dan itu adalah sesuatu perkara yang baik kerana sebarang pengubahsuaian yang awak lakukan sekarang sebenarnya merupakan pengubahsuaian yang tidak perlu awak lakukan kemudian pada manuskrip 400-halaman awak yang begitu tebal.
  2. Dokumen reka bentuk tidak perlu sempurna. Tujuan setiap langkah dalam proses reka bentuk adalah untuk memajukan awak ke langkah yang berikut. Kekalkan kadar kemajuan awak! Awak boleh kembali pada bila-bila masa sahaja untuk memperbaiknya apabila awak memahami cerita awak dengan lebih mendalam.

4.  Peruntukkan beberapa jam untuk mengembangkan setiap ayat daripada perenggan ringkasan awak menjadi perenggan lengkap

Menjelang peringkat ini, awak harus tahu akan struktur kasar novel awak selepas menghabiskan sehari dua atau mungkin juga seminggu untuk mengusahakannya. Jika cerita awak patah, awak kini akan mendapat tahunya dan bukan selepas menghabiskan 500 jam untuk mengerjakan draf pertama awak. Jadi, kembangkanlah cerita awak seterusnya.

Peruntukkanlah beberapa jam bagi mengembangkan setiap ayat daripada perenggan ringkasan awak supaya menjadi perenggan lengkap. Kesemua perenggan awak, kecuali perenggan terakhir, harus berakhir dengan satu kecelakaan, dengan perenggan terakhir memberitahu bagaimana buku awak akan tamat.

Menjelang akhir latihan ini, awak akan mendapati bahawa awak sudah menghasilkan satu kerangka satu muka surat yang agak memuaskan. Tidaklah salah kalau awak tidak dapat memuatkan segala-galanya dalam satu muka surat beruang tunggal. Apa yang penting ialah awak mengembangkan gagasan-gagasan yang bakal dimasukkan ke dalam cerita awak. Dan awak mengembangkan situasi percanggahan bagi cerita awak. Hasil daripada peringkat ini sebenarnya merupakan sinopsis awak.

5.  Peruntukkan sehari atau dua untuk menulis ringkasan watak awak

Peruntukkanlah sehari atau dua untuk menulis perihalan satu muka surat tentang setiap watak utama awak dan perihalan separuh muka surat untuk watak-watak lain yang penting.

"Sinopsis watak" awak perlu mengisahkan cerita daripada sudut pawakngan setiap watak. Seperti yang biasa, awak boleh kembali ke langkah-langkah yang lebih awal untuk membuat sebarang pengubahsuaian sewaktu awak mengembangkan watak awak. Randy Ingermanson mengatakan bahawa dia paling suka akan langkah ini. Para editor suka akan sinopsis wakata kerana mereak suka akan cereka bersumberkan watak.

6.  Peruntukkan seminggu untuk mengembangkan sinopsis jalan cerita novel awak yang panjangnya satu muka surat menjadi sebuah sinopsis empat muka surat

Pada masa ini, awak harus mempunyai cerita yang kukuh serta juga beberapa urutan cerita, setiap satu untuk setiap watak awak. Sekarang, ambillah masa seminggu dan memperluaskan sinopsis jalan cerita novel awak yang panjangnya satu muka surat menjadi sebuah sinopsis empat muka surat. Pada asasnya, awak akan memperluaskan semula setiap perenggan di Langkah 4 menjadi satu muka surat yang penuh.

Tugas ini sangat seronok kerana awak perlu memikirkan logik cerita awak yang berperingkat tinggi dan membuat keputusan strategik. Di peringkat ini, awak pasti akan kembali ke langkah-langkah yang awal untuk mengubahsuaikan beberapa perkara tentang cerita awak apabila awak mendapatkan idea-idea yang baharu.

7.  Peruntukkan seminggu lagi untuk mengembangkan huraian watak awak supaya menjadi carta watak yang lengkap

Ambillah seminggu lagi untuk memperluaskan huraian watak awak supaya menjadi carta watak yang lengkap yang memerincikan sebarang yang perlu diketahui tentang setiap watak awak... butiran-butiran biasa seperti tarikh lahir, latar belakang, dorongan, tujuan, dan sebagainya. Yang paling penting ialah bagaimanakah watak-watak awak akan berubah menjelang akhir novel? Langkah ini merupakan pengembangan karya awak di Langkah 3, dan ia akan banyak mengajar awak tentang watak-watak awak.

Awak mungkin akan kembali ke Langkah 1 - 6 untuk membuat pengubahsuaian sewaktu watak-watak awak menjadi "nyata dan hidup" kepada awak dan mula membuat tuntutan yang sangat mendesak pada cerita awak. Ini adalah suatu perkara yang baik kerana fiksyen yang unggul senantiasa didorong oleh watak-wataknya. Ambillah sebanyak masa yang diperlukan untuk melakukan langkah ini kerana ia akan menjimatkan awak banyak masa kemudian. Apabila awak sudah menghabiskan proses ini (suatu usaha yang gigih yang mungkin mengambil masa sebulan yang penuh untuk mencapainya), awak akan mencapai kebanyakan yang diperlukan untuk menulis sebuah cadangan novel.

Jika awak seorang novelis terterbit, jadi awak boleh menulis cadangan novel awak sekarang juga dan menjual novel awak sebelum menulisnya. Tetapi kalau awak masih belum menerbitkan apa-apa, awak perlu menulis seluruh novel awak lebih dahulu sebelum awak boleh menjualnya.

8.  Peruntukkan seminggu lagi untuk mengerjakan sinopsis 4-muka surat awak supaya menjadi sebuah senarai yang merangkumi semua adegan yang awak perlukan untuk menjadikan cerita awak sebagai sebuah novel

Sebelum awak benar-benar menulis novel awak, terdapat beberapa perkara yang awak boleh buat untuk memudahkan draf pertama awak yang traumatik (dahsyat). Perkara pertama ialah untuk pembentukan satu senarai tentang semua adegan yang awak perlukan untuk menjadikan cerita awak sebagai suatu novel, berdasarkan sinopsis 4-muka surat yang telah awak sediakan. Dan cara yang paling mudah untuk membuat senarai itu adalah melalui hamparan (spreadsheet).

Sediakan satu hamparan yang memerincikan adegan-adegan yang muncul daripada garis kasar jalan cerita 4-muka surat awak. Peruntukkan hanya satu garis bagi setiap adegan. Pada satu lajur, senaraikan watak sudut pandangan (POV) awak. Pada lajur yang kedua, ceritakan apa yang berlaku. Jika awak hendak mencanggihkan senarai awak, tambah lebih banyak lajur yang memberitahu awak berapa muka surat yang awak jangka untuk menulis adegan itu. Hamparan sangat ideal kerana awak boleh melihat seluruh garis cerita awak dengan sepintas lalu, dan penyusunan semula sebarang adegan juga sangat mudah.

Randy Ingermanson mengatakan bahawa hamparannya biasa melebihi 100 garis panjangnya, dengan satu garis bagi setiap adegan novelnya. Semasa dia mengembangkan ceritanya, dia membuat versi-versi hamparan ceritanya yang baharu. Ini amat sangat bernilai untuk menganalisis sesuatu cerita. Pembentukan sebuah hamparan yang baik boleh mengambil masa sehingga seminggu. Apabila awak sudah siapkan hamparan awak, awak boleh memasukkan lajur yang baharu untuk nombor bab dan memperuntukkan satu bab untuk setiap adegan.

9.  Peruntukkan seminggu untuk menulis draf prototaip awak yang pertama (tidak wajib)

Awak kini boleh kembali ke pemproses kata dan memulakan penulisan sebuah huraian naratif tentang cerita awak. Ambillah setiap garis hamparan awak dan mengembangkannya supaya menjadi sebuah huraian adegan berbilang perenggan. Masukkan ayat-ayat dialog yang unggul yang dapat awak fikirkan dan gariskan percanggahan dalam adegan itu. Jika awak mendapati bahawa awak tidak memiliki sebarang percanggahan dalam adegan ini, awak akan tahu dengan serta-merta dan awak perlu memasukkan atau menghapuskan adegan tersebut sama sekali.

Randy Ingermanson mengatakan bahawa dia menulis 1-2 muka surat bagi setiap bab pada suatu ketika, dan memulakan setiap bab dengan muka surat yang baharu. Selepas itu, dia akan mencetak kesemua itu dan memasukkannya ke dalam sebuah buku nota helai cerai. Penggunaan buku nota sedemikian akan memudahkan penyusunan semula bab-babnya pada masa hadapan atau untuk mengubahsuaikan sesuatu bab tanpa bercampur aduk bab-bab yang lain. Proses ini biasanya mengambil masa seminggu dan hasilnya biasa terdiri daripada sebuah dokumen cetak yang tebalnya 50 muka surat. Dia akan menyemak muka-muka surat itu dengan dakwat merah semasa dia menulis draf pertamanya. Semua ideanya yang baik sewaktu dia bangun pada waktu pagi akan ditulis dengan tangan pada birai dokumen ini.

Ingermanson berkata bahawa dia tidak pernah menunjukkan sinopsisnya kepada sesiapa jua, apatah lagi editornya. Dia memperlakukan sinopsis ini sebagai draf prototaipnya yang pertama. Bayangkanlah penulisan draf pertama dalam seminggu! Walau bagaimanapun, dia tidak lagi melakukan langkah ini kerana dia kini tidak memerlukannya.

10.  Menulis draf yang pertama

Pada masa ini, awak cuma perlu duduk dan menaip draft pertama novel awak yang benar. Awak akan terpesona tentang betapa pantasnya cerita menghasilkan cerita awak pada peringkat ini.

Randy Ingermanson mengatakan bahawa dia pernah melihat penulis-penulis mempercepatkan penulisan fikysen mereka sebanyak tiga kali ganda dengan serta merta, disamping menghasilkan draf pertama yang lebih bermutu daripada mutu draf ketiga yang dihasilkan mereka dahulu. Struktur gambaran keseluruhan novel mereka telah dibentuk. Apa yang perlu diselesaikan hanya terbatas kepada sebilangan masalah yang kecil dan oleh itu, awak dapat menulis dengan agak pantas.

Pada sekitar pertengahan draf pertamanya, Ingermanson berkata bahawa dia biasa akan berhenti untuk memperbaik semua bahagian dokumen reka bentuknya yang patah. Ya, dokumen-dokumen itu tidak sempurna. Itu tidak bermasalah. Dokumen-dokumen itu tidak diukir pada batu tetapi merupakan satu set dokumen yang hidup yang berkembang sewaktu awak mengembangkan novel awak.

Kalau awak melakukan tugas awak dengan betul, awak pasti akan mengetawakan dokumen reka bentuk awak yang asal sebagai sampah-sarap yang bersifat amatur, menjelang akhir draf pertama awak. Dan awak akan terpesona tentang betapa mendalam cerita awak sudah menjadi.

Snowflake Pro

Untuk memudahkan penulisan mengikut kaedah bola saljinya, Randy Ingermanson telah mengembangkan sebuah perisian yang dikenali sebagai Snowflake Pro.