Ensiklopedia Malaysia
Daripada Ensiklopedia Bahasa Malaysia.
| |
|---|
| kini mempunyai 1,248 rencana ensiklopedia |
| Untuk mendapat sedikit sebanyak tanggapan tentang laman sesawang ini, klik pada BUTANG BIRU di sebelah kiri. (for English version, see malaysia.jbdirectory.com) |
| BBPU: Jangan biar 13 Mei berulang lagi (Dimuat naik oleh malaysiakini pada 8 Disember 2009) |
| 13 Sebab Mengundi Dacing (Dimuat naik oleh [1] pada 4 Mac 2008) |
Laman sesawang ini merupakan suatu perjalanan saya selaku "rakyat Malaysia kelas kedua" untuk mencari-cari kebenaran tentang Malaysia serta juga asal-usul orang Melayu dan apa yang dikatakan kontrak sosial.
Kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional jelas tidak boleh dipercayai lagi selepas penerbitan buku UMNO: Akhir Sebuah Impian oleh Mohamad Rahmat, dan juga pembebasan rekod sulit oleh Jabatan Rekod Awam British di London, sebaik sahaja tempoh kerahsiaan selama 30 tahun yang ditetapkan sudah tamat. Rekod tersebut mendedahkan siapakah yang sebenarnya di balik peristiwa berdarah 13 Mei.[1]
Walaupun laman ini kekadang mengandungi sesetengah pendapat peribadi, namun pendapat itu berasaskan fakta sejauh yang saya tahu atau sedar, dengan usaha dibuat demi mengelakkan sudut pandangan yang berat sebelah. Oleh sebab:
- saya berpendapat bahawa "kuasa merasuahkan dan kuasa mutlak merasuahkan secara mutlak"; dan
- James Madison (1751 - 1836), Presiden Amerika Syarikat Ke-4, berkata, "Kebenaran adalah bahawa semua manusia yang memiliki kuasa harus tidak boleh dipercayai"; [2]
maka saya tidak berhasrat untuk memihak sesiapa. Saya mementingkan kebenaran fakta dan justera, jika sesiapa mendapati bahawa fakta yang saya kemukakan tidak tepat, tidak betul, atau tidak menyeluruh, tolong beritahu saya melalui halaman ini. (NOTA: Halaman ini tidak dapat dibuka pada masa ini kerana ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat saya atasi buat sementara. Diharap ia dapat dibuka dengan secepat mungkin.)
Ahli-ahli parti pembangkang kelihatan seolah-olah malaikat hanya kerana mereka masih belum mencapai kuasa seperti yang dicapai oleh Barisan Nasional. Kononnya, ahli parti Barisan Nasional telah berkuasa sebegitu lama sehingga terlupa bahawa mereka hanya merupakan wakil rakyat. Banyak daripada mereka berlagak seolah-olah raja Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan British dan perisytiharan sistem pemerintahan raja berperlembagaan! Bilakah Mohamed Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor, mendapatkan hak untuk mengampun Zakaria Md Deros atas tuduhan rasuah? [3][4][5] Kan hanya raja mempunyai hak mengampun?
Lihatlah apa yang berlaku apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang juga begitu ramah dan disayangi orangnya, diberikan 90.8% daripada kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2004:
- Adakah dia mendengarkan rakyat, sebagaimana dijanjikannya, apabila rakyat merayu agar jangan membazirkan wang rakyat menghantar angkasawan lagi melancong di angkasa lepas? (Angkasawan kedua tidak pergi hanya kerana Agensi Angkasa Negara kini tidak ada wang,[6] bukan atas alasan yang lain.) Adakah dia pernah menjadikan kebiasaannya untuk mengadakan dialog bagi mendengarkan rakyat? Tidak, langsung tidak! Apakah yang dibuatnya apabila HINDRAF hendak bertemu dengannya, jika bukan menyembunyikan diri di bawah katil?
- Adakah dia berusaha bersungguh-sungguh sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri? Tidak, langsung tidak! Sebaliknya, kepalanya berkembang sehingga fikirkan diri sebagai orang pujaan. Hanya apabila Barisan Nasional hampir dihancurkan dalam Pilihan Raya Umum 2008 bahawa rakyat baru nampak dia terjaga dari tidur dan mula bekerja sedikit. Sungguhpun demikian, adakah saya tersalah jika saya mengatakan bahawa pemerintahannya ibarat kapal terbang naik terbang tanpa juruterbangnya?
| Rambutan, kurniaan Tuhan kepada semua insan, tanpa mengira bangsa atau agama. |
Walaupun laman sesewang ini diilhami oleh politik muntah darah, namun ia juga mengandungi rencana berkait Malaysia yang lain, termasuklah budaya tempatan, filem, lagu, masakan, destinasi pelancong, dan sebagainya yang boleh memanfaatkan kesemua kita yang tinggal di tempat yang kecil ini. Diharap bahawa pengetahuan yang lebih mendalam tentang budaya satu sama lain dapat memupuk setakat keharmonian dan kemanusiaan di dalam negara berbilang kaum ini dan menjauhkan diri kita daripada ketamakan wakil rakyat yang tinggal di dalam istana masing-masing.
Dimulakan pada November 2009, laman ini agak baharu lagi dan oleh itu, masih dalam peringkat awal. Diharap-harapkan bahawa lebih banyak bidang boleh diliputi pada masa yang akan datang. Rencana lengkap dapat dicapai menerusi butang biru di sebelah kiri.
Ribuan terima kasih kepada Yusoff Tangan Besar dari Johor Bahru... Selama melebihi 10 tahun selepas saya berpulih daripada cakera teranjak, saya tidak dapat tidur di atas tilam spring. Disyorkan oleh adik ipar, saya mengunjungi Pusat Urutan Tradisional Turun Temurun Yusoff di Taman Desa Cemerlang dan tiba-tiba, sepulang saya ke rumah selepas hanya satu rawatan itu, saya mendapati bahawa saya dapat tidur dengan selesa di atas tilam spring. Sejak hari itu sehingga sekarang, saya tidak pernah memerlukan katil sabut kelapa lagi. Adakah itu nasib? Tetapi kaedah terapi Yusoff Tangan Besar memang lain daripada lain kerana beliau menumpukan enam otot bujur yang utama pada tubuh badan, serta juga usus yang tidak dapat digerakkan melalui senaman. Dapat menjadi hanya nasib saya, tetapi kaedah terapi Yusoff Tangan Besar sangat unik, memberi tumpuan kepada enam utama badan otot membujur dan usus yang hampir mustahil untuk menjalankan, telah menjadi malas dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, Yusoff Tangan Besar mungkin dapat memberi nafas yang baharu kepada kehidupan anda. Walau bagaimanapun, saya membuat sebarang janji. |
