Penulisan kreatif

Daripada Ensiklopedia Bahasa Malaysia.

Lompat ke: gelintar
Penulisan

Penulisan kreatif ialah apa-apa penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran, perasaan, dan emosi, berbanding dengan hanya memberikan maklumat. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai:

  • pengungkapan pemikiran dan perasaan penulis dengan cara yang imaginatif, seringnya unik, dan indah bunyinya (takrif Sil.org);
  • satu bentuk kebebasan peribadi. Ia membebaskan kita daripada identiti khalayak yang mengelilingi kita. Pada hakikatnya, penulis menulis bukan untuk menjadi pujaan tetapi terutamanya untuk menyelamatkan diri supaya dapat hidup sebagai individu (takrif Don DeLillo);
  • mana-mana kerja yang kadangkala susah dan mencabar, tetapi boleh mendatangkan banyak kepuasan.

Saya akan menumpukan fiksyen kreatif dalam rencana ini, terutamanya cerpen dan novel, walaupun puisi, autobiografi, biografi, dan karya kreatif bukan fiksyen juga merupakan bentuk tulisan kreatif.

Bagaimana bermula

Banyak orang berfikir bahawa kerana mereka membaca banyak cerita (atau walau jika mereka tidak pernah), mereka mesti berupaya menulisnya. Tetapi sebagaimana yang ditulis oleh Nigel Watts:

Terdapat kepercayaan umum bahawa oleh sebab kebanyakan daripada kita kenal huruf dan fasih, maka tidak adanya keperluan bagi kita menjalani perantisan jika kita ingin menjadi seorang tukang kata yang berjaya. Itu juga yang saya fikirkan sehingga saya mencuba menulis novel yang pertama. Tidak lama kemudian, saya mendapati bahawa novel, seperti sebuah perabot, memiliki keperluan tersendiri, dengan hukum pembinaan yang perlu dipelajari. Kerana saya telah membaca banyak novel tidak bermakna bahawa saya berupaya menulisnya, iaitu sama logiknya dengan saya tidak semestinya berupaya membina kerusi hanya kerana saya selalu duduk di atasnya.

 
— Nigel Watts, Teach Yourself Writing A Novel

Sesungguhnya, jika kamu berminat, kamu boleh terus mencuba: tetapi jangan berasa terlalu kecewa jika usaha sulungmu tidak sebaik seperti yang diharap-harapkan. Bagi memperluas metafora Watt, kamu mungkin mendapati bahawa kerusi yang kamu bina itu tidak kukuh. Terdapat banyak buku bahasa Inggeris yang baik yang disasarkan pada penulis fiksyen baharu, dan saya amat mengesyorkan pembelian atau peminjaman salah satu daripada yang berikut:


Saya juga mengesyorkan permulaan secara kecil-kecilan. Berbanding dengan memulakan sebuah trilogi fantasi epik, satu saga keluarga yang menjangkau lima generasi, atau satu siri pengembaraan... cubalah cerpen atau puisi.

Dan jika kamu mendapati bahawa kamu menggigit-gigit penmu atau merenung helaian kertas (atau skrin kosong) selama berjam-jam, cubalah cetuskan penulisanmu dengan latihan ringkas. Jangan terhenti-henti dan terlalu memikirkan tentangnya... cuma teruskan, jangan bimbang akan mutu karya yang kamu hasilkan.

Petua dan cara pintas untuk pemula

Kebuntuan mental penulis.

Buatlah sebilangan latihan ringkas untuk meregangkan otot penulisan kamu - jika anda kekurangan idea, bacalah rencana "Ledakan Penulisan". Banyak penulis kreatif yang baharu tiba-tiba mendapati bahawa mencuci pinggan atau merumput di kebun kelihatan jauh lebih menarik, berbanding dengan usaha duduk dan menulis. Paksakanlah diri kamu mengatasi keraguan yang awal dan usaha menulis benar-benar akan menjadi lebih mudah. Cubalah menjadikan penulisan setiap hari suatu kebiasaan, walau jika ia hanya selama sepuluh minit.

Jika kamu menghadapi kesulitan untuk mendapatkan idea, bawalah buku nota ke mana-mana dan menulis pemerhatianmu. Kamu akan mendapatkan ayat dialog yang unggul jika kamu sentiasa memasang telinga di dalam bas atau di dalam kedai kopi, dengan frasa yang luar biasa kekadang dicetuskan oleh sesuatu yang kamu lihat atau hidu.

Rancanglah waktu yang kamu paling kreatif. Bagi banyak penulis, waktu ini merupakan awal pagi - sebelum semua tuntutan hari bergelut untuk mendapatkan perhatianmu. Sebaliknya, ada juga yang menulis dengan paling baik pada lewat malam selepas kesemua anggota keluarga sudah tidur. Jangat takut menguji kaji!

Jangan rasa terseksa mendapatkan tulisanmu secara betul buat pertama kali. Semua penulis harus menyemak dan menyunting karya mereka — adalah jarang bahawa sesebuah cerita, adegan, atau juga ayat dapat dihasilkan dengan sempurna buat pertama kali. Setelah kamu menyiapkan draf pertama, biarkannya selama beberapa hari. Kemudian kembali kepada drafmu dengan perasaan yang segar, pen merah di tangan. Jika kamu berasa ceritamu bermasalah tetapi tidak dapat menentukannya, mintalah penulis sesama membaca dan memberikan maklum balas.

BERSERONOK-SERONOK! Kadang-kadang, kita selaku penulis boleh berasa bahawa karya kita merupakan kerja yang membosankan, sesuatu yang "mesti" dilakukan, atau sesuatu yang perlu ditangguhkan dengan selama mana yang mungkin. Jika jalan ceritamu tidak masuk akal, atau watakmu mengakibatkan kamu menangis dan kamu yakin bahawa seorang budak berumur lima tahun dengan krayon dapat menulis prosa yang lebih baik... hentilah sekejap. Mulakanlah projek yang baharu sama sekali, projek yang dilakukan semata-mata untuk keseronokan. Tulislah puisi atau "kisah mini" sepanjang 60 perkataan. Karya yang ringkas sebegitu dapat membantu apabila ceritamu yang lebih panjang menghadapi kebuntuan.


Rujukan

Pautan luar

  • Holly Lisle's: Nasihat untuk penulis.
  • Holly Lisle tentang Penulisan: Perbincangan berterusan tentang penulisan untuk pasaran fiksyen profesional
  • Saya Harus Menulis: Podkas yang praktikal dan mengilhamkan. Podkas ini diperikan oleh pemilik sebagai "Podkas untuk bakal penulis fiksyen oleh seorang bakal penulis fiksyen".