Seks:Persetubuhan

Daripada Ensiklopedia Bahasa Malaysia.

Lompat ke: gelintar

"Jika wanita tidak wujud, kesemua wang di dunia ini tidak akan bermakna."  —  Aristotle Onassis (1906-1975) [1]
Berlaku ralat ketika mencipta imej ringkas: Fail hilang: /home/content/58/4707958/html/ensiklopedia-bahasa-malaysia/images/f/fa/Persetubuhan.jpg

Persetubuhan, juga dikenali sebagai hubungan jenis, hubungan kelamin, kongkek, koncok, dan amput, merujuk perbuatan menghentak-hentakkan alat kelamin lelaki ke dalam saluran pembiakan perempuan.

Persetubuhan biasanya memainkan peranan yang ketara dalam ikatan manusia dan sering dipergunakan semata-mata untuk mendapatkan keseronokan yang menghasilkan pula ikatan emosi yang lebih kukuh. Agama sering memainkan peranan dalam pandangan masyarakat terhadap persetubuhan, perbuatan kelamin yang lain, dan tujuannya. Sesetengah mazhab agama Kristian umumnya memperlihatkan persetubuhan dalam perkahwinan sebagai sesuatu perbuatan yang suci dan bertujuan untuk membiak, manakala mazhab yang lain tidak. Agama Yahudi moden dan agama Islam pula memperlihatkan persetubuhan antara suami isteri sebagai sesuatu perbuatan kerohanian yang membina. Had perkahwinan dan sekedudukan dalam tradisi-tradisi itu telah berubah dengan berlangsungnya masa, bersama-sama dengan pandangan tentang apa yang dianggap sebagai tingkah laku seks yang dapat diterima.

Ikatan dan kasih sayang

Persetubuhan biasanya memainkan peranan yang kuat dalam ikatan manusia. Dalam banyak masyarakat, misalnya, kerap kali bersetubuh sementara menggunakan kawalan kelahiran adalah sesuatu perkara yang biasa. Dengan sengaja mengelakkan kehamilan, mereka dapat berkongsi keseronokan dan mengukuhkan ikatan emosi.[2]

Perempuan menjalani pengovuman yang agak terselindung, dengan kedua-dua pasangan biasanya tidak tahu akan kesuburan perempuan pada bila-bila masa. Salah satu sebab yang mungkin untuk ciri biologi sedemikian yang amat berbeza daripada haiwan yang lain adalah supaya pasangan kelamin dapat membentuk ikatan emosi yang kuat yang sangat penting bagi mengukuhkan interaksi sosial dan perhubungan jangka panjang, berbanding dengan pembiakan segera.[2]

Manusia, orang utan, bonobo (orang utan pigmi), dan ikan lumba-lumba (dolfin) kesemuanya merupakan haiwan sosial yang cerdas dan yang tingkah laku kerjasama masing-masing terbukti jauh lebih berjaya daripada mana-mana tingkah laku usaha bersendirian. Bagi haiwan tersebut, persetubuhan telah berkembang melewati pembiakan supaya bertindak sebagai fungsi sosial tambahan. Persetubuhan memperkukuh ikatan sosial yang intim antara individu demi membentuk struktur sosial yang lebih besar. Kerjasama yang dihasilkan menggalakkan tugas bersama bagi menjamin kemandirian setiap anggota kelompoknya.[2] Bagaimanapun, konsep "percintaan" hanya terhad kepada sifat murni dan fungsi kognitif yang lebih tinggi dan justeru, umumnya terbatas kepada manusia.

Pembiakan dan amalan persetubuhan

Persetubuhan ialah kaedah pembiakan manusia yang asas dan boleh didahului oleh cumbuan yang menuju ke kebangkitan nafsu berahi dan menyebabkan ketegangan zakar serta pelinciran sejadi faraj. Untuk bersetubuh, zakar yang tegang dimasukkan ke dalam faraj, dengan salah satu atau kedua-dua pasangan menjongkang-jongketkan punggung masing-masing demi mengayun-ayunkan zakar di dalam faraj supaya dapat menghasilkan geseran, biasanya tanpa mengeluarkan zakar sepenuhnya dari faraj. Dengan cara ini, mereka dapat merangsang satu sama lain, seringnya sehingga salah satu atau kedua-dua pasangan mencapai puncak syawat. Bagi perempuan, perangsangan kelentit memainkan peranan yang utama dalam persetubuhan kerana kebanyakan mereka hanya dapat mencapai puncak syawat menerusi perangsangan kelentit.[3]

Sewaktu pemancutan air mani yang biasanya diiringi oleh puncak syawat lelaki, satu siri pengecutan otot menghantarkan air mani dari zakar ke dalam faraj. Laluan air mani ke dalam rahim adalah menerusi serviks dan seterusnya ke tiub Falloppio. Berjuta-juta sperma dikeluarkan dalam setiap pancutan agar meningkatkan kebarangkalian salah satu sperma mensenyawakan ovum (atau telur). Apabila ovum yang subur tersenyawa di dalam tiub Falloppio, lembaga (atau embrio) yang baharu terbentuk. Lembaga itu akan turun ke rahim lalu melekatkan diri pada dinding rahim dan kehamilan bermula. Berbeza daripada kebanyakan spesies haiwan yang lain, persetubuhan manusia tidak dikaitkan dengan kitar estrus dan justeru, boleh dilakukan pada bila-bila masa, termasuklah sewaktu mengandung.

Persetubuhan seringnya tamat sewaktu lelaki memancut. Justeru, pasangannya mungkin tidak sempat mencapai puncak syawat. Tambahan lagi, kebanyakan lelaki menghidap pemancutan pramatang, manakala banyak perempuan memerlukan tempoh perangsangan yang jauh lebih panjang berbanding dengan lelaki sebelum dapat mencapai puncak syawat. Satu tinjauan oleh ahli terapi seks Kanada dan Amerika mendapati bahawa masa purata persetubuhan ialah 7 minit, dengan: [4]

  • 1 - 2 minit terlalu cepat;
  • 3 - 7 minit memuaskan;
  • 7 - 13 minit elok; dan
  • 10 - 30 minit terlalu lama.

Kesan kesihatan

Manfaat

Persetubuhan dikatakan dapat menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti yang berikut:

  • penderiaan bau yang tertingkat;
  • pengurangan tekanan (stres) dan tekanan darah;
  • keimunan tertingkat; dan
  • pengurangan risiko kanser prostat.

Keintiman seks dan puncak syawat menaikkan aras hormon oksitosin (juga dikenali sebagai "hormon cinta") yang membantu manusia mengikat hubungan antara satu sama lain dan membina kepercayaan. Suatu kajian jangka panjang oleh ahli neuropsikologi klinikal David Weeks, ketua psikologi umur lanjut di Hospital Royal Edinburgh di Scotland, mendapati bahawa "persetubuhan membantu anda kelihatan lebih muda sebanyak 4-7 tahun", mengikut pengkadaran tidak berat sebelah berasaskan gambar foto bahan eksperimen. Bagaimanapun, sebabnya yang tertentu tidak pasti dan manfaat tersebut mungkin berkaitan secara tidak langsung dengan persetubuhan dan secara langsung kepada pengurangan ketekanan yang ketara, kepuasan yang lebih tinggi, dan tidur yang lebih lena, dengan kesemua itu merupakan kesudahan persetubuhan.

Risiko

Berbeza daripada manfaatnya, persetubuhan juga boleh mengakibatkan penyakit kelamin (STD). Setiap tahun, terdapat 340 juta kes penyakit kelamin yang baharu di seluruh dunia.[5] Melebihi separuh daripada kes itu berlaku pada anak remaja dan dewasa muda yang berusia antara 15–24 tahun.[6]

Lihat juga:

(Dilencongkan dari Persetubuhan)