Tun Rahah Noah

Daripada Ensiklopedia Bahasa Malaysia.

Lompat ke: gelintar

Best
Best
Best

Tun Rahah Noah ialah isteri Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, serta anak perempuan Tun Mohamad Noah, bekas pengerusi UMNO Johor.
Tun Rahah Noah

Tun Rahah Noah (lahir 1933, umur 80 tahun) ialah isteri Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, serta juga ibu kepada Datuk Seri Mohd Najib, Perdana Menteri yang keenam. Dia juga Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Seorang suri rumah sepenuh masa, Rahah tidak pernah masuk campur dalam politik suami atau anaknya. Sebaliknya, dia berkecimpung dalam bidang pendidikan serta bidang sosial dan kemasyarakatan sehingga dilantik sebagai:


Berdasarkan sumbangannya kepada bidang yang tersebut, Universiti Utara Malaysia (UUM) menganugerahinya dengan Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pendidikan) pada Mac 2009.[1] Selain itu, Rahah juga pernah mendapat pengiktirafan dan pelbagai anugerah yang lain, termasuklah Anugerah Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) pada 1976.


2.  Kehidupan peribadi: Dilahirkan di Muar, Johor kepada Tun Mohamad Noah, Rahah ialah anak bongsu daripada 10 beradik. Pada 4 September 1952, sewaktu hanya berumur 20 tahun, dia berkahwin dengan Tun Abdul Razak yang ketika itu, berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Kuala Lipis, ibu negeri Pahang ketika itu, sebelum berpindah ke Kuantan.

Razak diperkenalkan kepada Rahah oleh Tan Sri Taib Andak, sahabat karibnya semasa belajar di London. Hussein, bapa Razak, telah menulis surat kepada Taib untuk memintanya mencarikan jodoh untuk Razak yang ketika itu sudah mencecah 30 tahun. Atas sebab-sebab yang tidak diterangkan, Hussein mahu menjodohkan Razak dengan seorang gadis Johor. Justera, Taib memilih Rahah, anak perempuan kepada Tun Mohamad Noah, pengerusi UMNO Johor ketika itu. Sewaktu itu, Rahah hanya berumur 19 tahun dan masih menuntut di Tingkatan Lima di Johor Bahru.

Up close and personal  (Dimuat naik oleh thestaronline pada 2 April 2009)
Kenangan keluarga pasangan Razak-Rahah
Dari kiri: Najib (13), Toh Puan Rahah, Nazir (3), Nazim (5), Nizam (8), dan Tun Razak. Johari (12) tiada dalam gambar.

Sempena dengan lawatan Razak ke ibu pejabat UMNO yang ketika itu terletak di Johor Bahru, Taib membawa Razak untuk melihat Rahah sewaktu Rahah pulang dari sekolah. Atas alasan untuk mengambil anaknya, Kalsom, yang juga menuntut di sekolah yang sama, Taib telah pergi bersama-sama dengan Razak ke sekolah Rahah. Razak tertarik dengan Rahah dan mereka pun berkenalan dengan restu bapa dan bonda Rahah. Maka Rahah ditunangkan dengan Razak dan sembilan bulan kemudian, melangsungkan perkahwinan mereka pada akhir 1952. Sepanjang pertunangan itu, mereka keluar bersama-sama hanya tiga kali, dengan ketiga-tiga pertemuan itu berlangsung di Singapura dan ditemani oleh salah seorang kakak Rahah.

Selepas berkahwin, Razak dan Rahah menetap di Kuala Lipis, tempat perkhidmatan Razak. Pada 11 Julai 1953, Mohd. Najib dilahirkan. Selain Najib, pasangan Razak-Rahah mempunyai empat anak lelaki yang lain, iaitu:

  1. Ahmad Johari: Dilahirkan pada 1954, kemudian memperoleh ijazah undang-undang daripada Universiti Kent dan kini menjadi ahli perniagaan;
  2. Mohd. Nizam: Dilahirkan pada kk. 1958, kemudian memperoleh ijazah dalam bidang politik, ekonomi, dan falsafah daripada Universiti Oxford, England;
  3. Mohd. Nazim: Dilahirkan pada 1962, kemudian menjadi arkitek lalu menjadi ahli perniagaan; dan
  4. Mohd. Nazir: Dilahirkan pada kk. 1964, kemudian memperoleh ijazah daripada Universiti Bristol dan Universiti Cambridge lalu menceburi dunia perniagaan dan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Commercial International Merchant Bank (CIMB).

Pasangan Razak-Rahah juga mengambil tiga orang anak angkat perempuan. Oleh sebab Rahah berkahwin sebaik sahaja dia menamatkan sekolah, namun dia tidak pernah bekerja atau bergerak cergas dalam kegiatan politik. Sebaliknya, dia memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembesaran anak-anaknya. Selepas Razak meninggal dunia pada 1976, Rahah mengambil alih tanggungjawab untuk menguruskan keluarga. Ketika itu, Najib sudah pun bekerja, dengan empat anak yang lain masih bersekolah.